Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hak ratusan ribu pelarian Rohingya yang melarikan diri dari kekejaman tentera Myanmar menjadi tanda tanya selepas seorang menteri Bangladesh berkata mereka tidak akan diberi status pelarian rasmi.
Kerajaan Bangladesh telah menjalankan dokumentasi ratusan ribu pelarian baru di tengah-rengah kebimbangan mengenai radikalisme di dalam kem.
Sekitar 430,000 Rohingya telah tiba di Bangladesh dalam sebulan, melarikan diri dari kekejaman yang disebut PBB sebagai pembersihan etnik oleh tentera Myanmar sebagai tindak balas terhadap serangan pemberontak Rohingya bulan lalu.
Buat masa ini, kedatangan mereka dialukan, namun kerajaan berkata, mereka tidak mahu mereka tinggal di sini walaupun kumpulan hak asasi dan PBB mengesahkan mereka adalah pelarian di bawah undang-undang antarabangsa.
Ramai Rohingya yang baru tiba tidak mempunyai sebarang dokumen dan terpaksa tunggu beberapa hari di bawah panas terik untuk didaftarkan.
"Saya datang setiap hari di sini selama lapan hari lalu dan pulang kerana orang ramai," kata Sami Ulluh.
Ulluh yang berusia 29 tahun akhirnya sampai ke barisan hadapan selepas menunggu lima jam, walaupun telah tiba awal untuk menyertai barisan.
Dia ditanya dengan beberapa soalan asas tentang keluarganya, bila dia melarikan diri dan dari kampung mana sebelum mengambil gambar dan cap jari.
20 minit kemudian, pegawal sempadan Bangladesh memanggil namanya dan memberikannya satu kad.
Dia memengang dengan rasa bangga namun mengaku dia sebenarnya tidak pasti apa maksud kadnya itu.
"Pihak berkuasa berkata, 'ambil kad ini, ia akan memberi manfaat kepada anda," katanya dipetik ABC News.
ROHINGYA MESTI DILINDUNGI - PBB
Walaupun kecil dan miskin, Bangladesh secara tradisional menerima pelarian Rohingya yang melarikan diri dari keganasan di Myanmar.
Kira-kira 300,000 difahamakan berada di negara ini sebelum penghijrahan terkini dan terbesar ini.
Pada hari Ahad, memberi taklimat kepada media selepas mesyuarat kabinet dan perintah kabinet, Menteri Industri, Amir Hossain Amu berkata, Rohingya tidak akan diisytiharkan sebagai pelarian.
"Pada masa ini, kami tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memberi sebarang status pelarian kepada Rohingya," katanya.
Menurut Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk pelarian, Fillipo Grandi, di bawah undang-undang antarabangsa, Rohingya mesti dilindungi.
"Orang-orang yang melarikan diri keganasan, yang berada di bawah syarat-syarat yang telah melarikan diri, adalah pelarian," katanya.
Sementara itu, pengarah program pemerhati hak asasi pelarian, Bill Frelick berkata, negara - negara miskin yang berjiran dengan sebuah negara pelarian yang besar masih mempunyai kewajipan.
"Walaupun mereka belum menandatangani konvensyen pelarian, mereka mempunyai kewajiban di bawah apa yang disebut undang-undang antarabangsa iaitu tidak meminta pelarian kembali ke tempat-tempat di mana mereka akan menghadapi ancaman serius ini," katanya.
Dalam pada itu, Kerajaan Bangladesh mempunyai insentif lain untuk mengumpulkan data ini
Beberapa tokoh Kerajaan telah menyatakan keprihatinan tentang radikalisasi di kem-kem tersebut dan pendaftaran ini juga merupakan peluang keemasan mengumpul maklumat.
"Alasan di sebalik proses biometrik adalah untuk menyimpan rekod Rohingya. Kami mahu mereka kembali ke tempat mereka sendiri," kata Amu.
28 September 2017 - 13:39
News ID: 856988
Hak ratusan ribu pelarian Rohingya yang melarikan diri dari kekejaman tentera Myanmar menjadi tanda tanya selepas seorang menteri Bangladesh berkata mereka tidak akan diberi status pelarian rasmi.